Thursday, April 19, 2012

Kecerdasan Emosi Bhg 1

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia
yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini
melibatkan satu set tindak balas automatic , visceral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi
seperti ekspresi muka, perkataan , isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh
seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi
yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza.

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut, dan gelak ketawa mencorakkan
warna kehidupan, membentuk sikap dan personality serta menggerakkan arah kehidupan
seseorang manusia.Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere” yang
membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar sebagai
satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Selama ini, ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki
tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi, maka individu itu akan memiliki peluang untuk
meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain. Bagaimanapun, terdapat
banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi
tersisih daripada orang yang memiliki intelektual yang rendah. Ini membuktikan bahawa
kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam
hidupnya.

Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini.
Kecerdasan emosi boleh dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Ia lahir
seiring dengan pertumbuhan individu sejak lahir hinggalah seseorang itumeninggal dunia.
Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh keluarga, lingkungan persekitaran dan
contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang individu sejak lahir dari kedua ibu
bapanya.
Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin
sukar dilihat dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Antara aspek
yang kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah
seperti ;

* Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam.
 Mengungkapkan dan memahami perasaan.
 Mengendalikan amarah.
 Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari.
 Kemampuan untuk menyesuaikan diri.
 Disukai oleh orang lain.
 Kemammpuan untuk menyelesaikan masalah antara mereka yang berada di sekeliling.
 Semangat setia kawan.
 Keramahan.
 Sikap hormat menghormati.
Kecerdasan emosi bermula sejak kecil dan dengan itu, ibu bapa memiliki peranan yang
penting dalam membina kecerdasan emosi anak-anak.Mereka harus mengajar, mendidik
serta membimbing anak-anak dengan memberikan contoh tauladan yang baik. Bagi
membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, ibu bapa seharusnya
mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek yang berikut iaitu;
i. Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis.
ii. Bekerjadalam kumpulan secara harmonis.
iii. Berbicara dan mendengarkan secara efektif.
iv. Mencapai prestasi yang tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur).
v. Mengatasi masalah dengan teman yang nakal.
vi. Berempati antara satu sama lain.
vii. Mengatasi konflik.
viii. Membangkitkan rasa humor atau jenaka.
ix. Memotivasikan diri ketika berhadapan saat-saat yang sulit dan genting.
x. Menjalin keakraban.

No comments:

Post a Comment