|
We learn from our surrounding. We learn from experience. Life is about learning and living. Learn from everything, learn from everywhere. Ask guidance and knowledge from God , the Almighty, the Knowledgeable, the Master etc.
Thursday, April 12, 2012
90% of addictions start during the teenage years
Tuesday, April 10, 2012
Gambar/foto fenomena pelik atau ilusi?Siapa tahu mengenainya?
Salam...CPJ kebetulan terjumpa gambar/foto ini dalam komputer, entah di mana cpj dapat sudah lupa pulak...cuma cpj nampak pelik seperti satu ilusi yang sukar dijelaskan. Apakah fenomena ini? Cpj rasa pernah dengar tentangnya semasa sekolah dulu, tetapi sudah terlupa.

CPJ memang tidak ada pengetahuan mengenainya (terasa macam bodoh)hehehe...siapa boleh beri penjelasan?
CPJ memang tidak ada pengetahuan mengenainya (terasa macam bodoh)hehehe...siapa boleh beri penjelasan?
Photoshop CS6: Buat Animations menggunakan fungsi Timeline
Seperti mana yang anda tahu photoshop telah dilahirkan dengan versi terkini iaitu 13.0 atau boleh digelar CS6 (Creative suite 6).. lihat entri sebelum ini mengenai kemunculan photoshop CS6 & DOWNLOAD: http://www.bualkomputer.com/2012/03/kemunculan-adobe-photoshop-cs6-beta.html
fungsi photoshop kini lebih mudah serta telah dinaik tarafkan sehingga mencecah tahap kepuasan bagi pengguna.. namun ada segelintir masih tidak tahu lagi fungsi baru yang paling popular yang ada dalam CS6 ini...
ok, untuk entri photoshop cs6 kali ini mengenai fungsi timeline..
timeline adalah satu fungsi dimana ianya adalah tempat pengurusan pergerakan setiap object & element supaya object dlm frame dapat bergerak dengan key frame yang ditanda pada setiap pergerakan..
object yang diuruskan adalah layer2 yang terkandung dalam ruangan layer disebelah bawah & kanan..
jadi kpd sesiapa yang biasa menggunakan adobe premiere pro & after effect semestinya sudah faham konsep timeline photoshop cs6 yang lebih kurang sama dengan fungsi timeline premiere pro dan after effect...
untuk memaparkan fungsi timeline, pertama sekali anda perlu create new project.. file>new..
kemudian tentukan size/pixel panjang & lebar gambar anda then OK..
anda boleh start conteng2 or add ape2 gambar letak pada layer pertama anda.. mcm sy, sy buat bualkomputer.com
kemudian pergi ke window> pilih timeline
so, skrg muncullah timeline & bermula disitu anda boleh start project animation anda.. anda just setkan keyframe (klik pd layer & klik icon jam & alih2 lah object/text anda supaya ianya bole bergerak..
ni contoh simple animation yg saya dah buat...
so sampai sini jer.. sori, saya tak pndai nk aja bab manage timeline/keyframe sbb tak tahu mcm mana nak ajar.. korang kena lah try godek2 sendiri & lama2 boleh faham..
Kata Admin Khairil: kalo suke klik like & share kat member.. :)
Teori Konspirasi: Armageddon bhg. akhir

SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR
1. Al Mahdi Al Muntazar(lelaki yang dinanti/ ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
2. Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah s.a.w.
3. Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya menyerupai nama baginda s.a.w.
4. Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb (area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya.
5. Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.
6. Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dari Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yang mereka dakwa itu sekali-kali tidak akan keluar dari Sardeb|Sila rujuk kitab-kitab Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, mengenai perihal berita AL Mahdi juz: 1|
CIRI CIRI IMAM AL MAHDI
Berdasarkan hadis-hadis Baginda s.a.w telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing(mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan
Sebelumnya dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan – seperti yang dapat kita lihat hari ini, penindasan dan peperangan terhadap umat islam yang berlaku di mana-mana serata dunia dan berleluasa.
Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS, sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yang tidak pernah dirasai selepas kewafatan Baginda Rasullullah s.a.w
1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.
2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|
Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.
Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.
Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.
Sekian.

”Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dengan kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yang berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku(Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan). Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” |hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya di dalam Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529|
”Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” |hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad di dalam Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah di dalam sunannya dari sayyidina Ali RA. Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya di dalam Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani di dalam As sahihah – no 2371|Terdapat DUA tafsiran mengenai iSLAH
1.Bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai beberapa kekurangan kecil, kemudian Allah s.w.t mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.
2. Bahawa Allah SWT memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yang mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman.|Tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim mengenai Berita Al Mahdi, oleh Ibnu Kathir juz :1|
”Al Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah” |Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah. Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya di dalam Al Jami’|Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya,(Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya. Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah s.w.t akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan, kemudian mereka akan membai`ahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau(Imam Mahdi) Tidak menyukai bai`ah itu.
” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya|Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri|
Kedatangan Imam Mahdi di akhir zaman adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yang tidak diketahui oleh sekalian makhluk hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah s.w.t sahaja.
Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam a.s, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.
Oleh sebab itu, mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bagi setiap mukmin. Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis, hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yang Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib, mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.
Sekian.
sumber maklumat asal/credit:
-saint-guerre.blogspot.com
Teori Konspirasi: Armageddon bhg. 1
Apakah perang Armageddon?Satu peristiwa besar dan perang kehancuran:
1. Pertemuan strategi perang raksasa yang sudah terlalu hampir waktu berlakunya.
2. Perang persekutuan-internasional yang akan tercetus dan sentiasa ditunggu- tunggu oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi.
3. Perang politik dan agama.
4. Peperangan besar-besaran dan banyak pihak yang terlibat serta akan membawa kehancuran maksimum kepada sebahagian dunia.
5. Peperangan yang paing besar dan dahsyat di dalam lakaran sejarah ketamadunan hidup manusia.
6. Perang yang dimulai dengan perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai. Kemudia ia akan di cabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah swt.
Asal perkataan Armageddon:
1. Perkataan Armageddon berasal dari bahasa Ibrani dan terdiri dari dua suku patah perkataan: “Ar” – gunung atau bukit.2. “Mageddo” – nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah dataran yang akan menjadi medan pertempuran bagi peperangan akhir ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara smpai ke Edom yang terletak di Selatan. Jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang mana jaraknya 100 batu.
3. Para ahli pengkaji peperangan akhir ini, berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang sangat strategik, setiap panglima tentera/ angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang di lakukan oleh musuh mereka.
4. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab (yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, zabur, injil yang lama) dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yang beramal dengan kitab asal.
5. Nabi Muhammad SAW ada bersabda:
” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ”|sahih al Bukhari bab 6 Ms. 3461 dari Abdullah Ibnu Umar RA. |6. Tetapi haruslah dengan bersyarat, dimana kita tidak dibenarkan mengambil ia secara membuta tuli tetapi haruslah merujuk kepada yang haq iaitu, Al Quran nul Qarim.
“apabila ada ahli kitab yang berbicara (mengenai agama) maka janganlah kamu membenarkan dan jangan pula kamu mendustakan ia”|Sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a|7. Hadith diatas menerangkan bahawa, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan agar kita menyelidiki apa sahaja berita atau cerita yang disampaikan oleh para ahli kitab dan jangan mempercayainya tanpa menyelidiki hakikat kebenarannya serta kita juga tidak boleh menolak berita atau cerita mereka tanpa usul periksa.
PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YANG MEMPERCAYAINYA
1. Di dalam kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon|Injil: Ms. 388 – terbitan darul Thaqafah, Mesir|2. Didalam buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat di sebut bahawa Tujuh orag pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon|Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms .31|
3. Presiden AS yang lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yang akan melihat Armageddon” |buku ramalan dan politik Ms.66|
4. ”Segala sesuatu pasti akan berakhir di dalam beberapa tahun. Akan terjadi perang dunia yang paling besar. Ia adalah perang armageddon atau dataran mageddo”|Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yang paling besar – Hall Lindus|
5. Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan dapat mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bahawa perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. |Buku janji yang benar dan janji yang dusta Ms. 62/ buku ramalan dan politik Ms. 37|
6. Seorag penulis Amerika yag bernama Greys Halsl berkata : Kita sebaga orang-orang Kristian percaya bahawa sejarah manusia akan berakhir dengan sebuah peperangan yang di sebut sebagai Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yang akan memerintah orang-orang yang hidup dan org yang mati dengan saksama |Ramalan dan politik Ms.19|
Kaum Muslimin dan Armageddon
Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yang masih tidak mengetahui mengenai apa itu Perang Armageddon – bahkan ada yang mengatakan perkataan itu hanya berada di dalam lakaran sejarah filem Hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck. Tetapi secara realitinya Hollywood yang didokong oleh tentera dajjal Laknatullah sememangnya ingin memesongkan fakta mengenai Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka sendiri telah sedia mengkaji mengenai peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.Hadith Nabi Muhammad s.a.w, yang membicarakan mengenai peperangan ini:”kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat harta rampasan perang yang banyak, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki Rom. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut, kemudian tentera Rom mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera, dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera” |Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dari Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dalam mentahkik hadis misyqat, Ms. 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai berapa riwayat.|Hadith di atas dengan jelas menerangkan bahawa di sana terdapat dua buah peperangan yang bakal terjadi:
Perang dunia Armageddon yang telah banyak diketahui oleh semua pihak.
Peperangan-peperangan, di dalam sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar(Malhamah al Kubra). Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang, pihak-pihak yang berperang di dalam pertempuran ini adalah kaum muslimin, menghadapi tentangan dari Rom(Eropah dan Amerika) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pada awalnya muslimin bersekutu dengan mereka tetapi akhirnya Rom mengkhianati kita di dalam perang tersebut.
Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yang kita nantikan sebagai permulaan dari huru hara di akhir zaman, sebagaimana yang akan diterangkan di dalam artikel yang seterusnya iaitu Imam Mahdi al Muntazar. Perang tersebut juga adalah perang penghancuran dan nuklear yang akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yang tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yang akan diguna pakai di dalam peperangan selepas Armageddon(khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti).sumber maklumat asal/credit:
-saint-guerre.blogspot.com
Barangan Tiruan China Daripada Jenama Terkenal (15 Gambar)
Kemungkinan satu hari nanti negara China akan dilabelkan dengan 'Pengeluar/Pembekal Barang Tiruan Terbesar Di Dunia' kerana pada pendapat kami China mungkin sudah tidak mempunyai idea untuk membuat jenama rasmi sendiri sehingga menggunakan nama daripada jenama terkenal untuk membuat barangan mereka sendiri.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia 8.4.2012
Najib Razak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia 8.4.2012
Subscribe to:
Posts (Atom)